Jumaat, 13 Ogos 2010

bisikan tanpa suara..

1. sudah lama ambo tak update blog ni..sebenarnya banyak perkara yang ambo nak coretkan, namun keaadaan yang tak berapa mengizinkan.

2. bermula 28 Jun 2010 ambo memulakan praktikum fasa kedua di SK Taman Rakan, Kajang. Praktikum kali ini selama 2 bulan dan merupakan sambungan kepada praktikum yang pertama bagi semester lepas selama sebulan di SK Leftenan Adnan.

3. alhamdulillah,masih diberi kesempatan dan peluang untuk merasai dan berada dalam bulan yang penuh kerahmatan. ahlan wasahlan ya ramadhan kareem.

4. mengharapkan agar hati ini sentiasa teguh dalam menempuh kehidupan yang penuh ranjau.

5. suka duka silih berganti, namun ambo tetap merasa tenang dengan ketentuanNya. mungkinkah ini tandanya ambo bersyukur dan redha dengan ketentuanNya? mudah-mudahan,insyaallah.

6. berusaha menjadikan ramadhan kali ini lebih bermakna daripada ramadhan yang sebelumnya..insyaallah..

Isnin, 19 April 2010

perjalanan bakal pendidik....

1. alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ambo panjatkan pada Ilahi kerana dengan limpah kunia dan keizinanNya ambo dapat menghabiskan tugasan praktikum di SK Leftenan Adnan dengan jayanya..

2. selama 4 minggu ambo berpraktikum di sekolah ini, banyak kenangan tercipta dan pengalaman berharga yang ambo peroleh mematangkan lagi diri ambo dalam menghadapi dunia pendidikan yang lebih mencabar pada masa depan kelak.

3. macam-macam gelagat dan karenah murid-murid yang ambo tengok dan saksikan. nakal, pemalu, excited, banyak tanya, suka menunjuk-nunjuk,bising, tak dengar kata dan tak kurang juga yang mencuba dengan pelbagai 'taktik' untuk mengambil hati guru. semua itu, menambahkan lagi pengalaman ambo untuk berhadapan dengan murid-murid pada masa depan.

4. ambo rasa senang melihat riangnya kanak-kanak berlari-lari ke sekolah, menjerit-jerit sambil mengejar rakan-rakan tatkala waktu rehat, tunduk hormat tatkala berselisih dengan guru, kelam-kabut mencari tempat duduk tatkala nampak guru menjengilkan mata melihatnya makan sambil berdiri dan banyak lagi termasuk karenah-karenah yang pelbagai sewaktu dalam kelas walaupun kadang-kadang timbul sedikit rasa geram bila ada yang tidak mendengar kata. benarlah pendapat yang mengatakan guru perlu mempunyai nilai kesabaran yang tinggi dan tak boleh terpengaruh dengan emosi..

5. di sekolah ni juga ambo tengok berbagai-bagai karenah guru-guru lama yang pelbagai juga karenahnya. ada yang suka bercakap dan bercerita hal rumah tangga, tak kurang juga yang selalu mengumpat itu dan ini, mempromosi barang-barang yang dijual kat bilik guru, ada juga yang tak suka bercakap kecuali perkara-perkara penting, ada juga yang suka mengambil kesempatan atas orang lain dan sebagainya. kesimpulannya senang saja, biarpun seseorang itu bergelar seorang guru dia tetap seorang manusia..

6. di sebalik kenakalan murid-murid yang ambo ajar, mereka sebenarnya amat kasih dan sayang pada guru yang mengajar mereka. tatkala ambo khabarkan tentang akhirnya ambo mengajar mereka di situ, ramai yang sedih dan berebut-rebut untuk bersalam dan mencium tangan ambo, ada juga yang memberi hadiah tanda ingatan. semua itu menunjukkan masih menebal lagi dalam jiwa mereka perasaan kasih dan hormat pada guru walaupun dunia semakin berubah..

7. banyak lagi sebenarnya apa yang ambo dapati di sekolah ini,namun terlalu panjang untuk ambo coretkan disini. kesimpulan yang ambo boleh buat ialah pengalaman yang ambo peroleh di SKLA ini begitu bernilai sekali.. pengalaman adalah guru yang amat berguna bagi kita dalam menghadapi mehnah dan tribulasi di dunia ini dan guru yang hebat adalah guru yang banyak pengalamannya.. wallahu a'lam..

Sabtu, 3 April 2010

sebuah pertemuan...


Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan
Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan
Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan tika aku
Di uji dengan dugaan
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmatNya mengatasi segala
Menitis air mataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan......

Ahad, 28 Mac 2010

hidup oh hidup.......




1. alhamdulillah, baru sekarang rasa ada mood untuk mencoret serba sedikit dalam blog ambo ni.

2. selama 2 3 detik waktu ni banyak perkara yang berlaku dalam hidup ambo mengikut sunnahNya dan ketentuan Qada' dan QadarNya yang mana makin mematangkan pengalaman dan mendewasakan usia ambo..

3. sesungguhnya apa yang berlaku itu ambo terima dan tempuhinya dengan redha kerana ambo yakin Allah takkan membebankan hambaNya melainkan dengan kadar kesanggupannya menerima ujian dan dugaan tersebut..

4. pada usia ambo sekarang juga semakin jelas dalam pemikiran ambo akan tujuan dan matlamat ambo dicipta, seterusnya sebab kenapa di maujudkan ambo atas muka bumi yang akan fana ini..tetapi kadang-kadang iman yang senipis kulit bawang ini mudah benar terkoyak tatkala dihiris dan dicalar pisau-pisau dosa dan maksiat..

5. dalam ambo berusaha untuk mengikut arus dunia ini, ambo sering beringat apa yang lebih utama dan apa yang lebih penting dari yang penting.. kerana manusia sifatnya sering leka,lupa dan alpa amat-amat perlu bagi ambo sentiasa bermuhasabah agar diri tidak tersasar jauh dan cepat-cepat kembali ke landasan yang betul..

6. ambo juga berasa amat-amat tenang dan damai dalam menjalankan kehidupan yang penuh pancaroba ini.. ambo yakin selagi kita berusaha menjaga hubungan kita dengan al-Khaliq ditambah usaha sunggguh-sungguh serta pengharapan dan tawakkal yang tinggi padaNya, insyaallah segalanya akan dipermudahkan dan ambo tidak akan sesekali kecewa atau berputus asa..

7. moga-moga ambo tidak termasuk dalam golongan yang hidupnya hanya untuk merasai nikmat hidup tanpa berfikir dan berusaha untuk mendapatkan nikmat yang kekal abadi di "kampung" asal kelak, insyaallahu taala... wallahu a'lam..

Sabtu, 16 Januari 2010

husnul dzhon.....

1- setiap perkara dan tindakan yang di lakukan oleh anak adam di dunia yang terlihat oleh saudaranya yang lain takkan terlepas dari persangkaan dan penilaian. kalau persangkaan dan penilaian yang di berikan itu baik alhamdulillah, tetapi jika sebaliknya nauzubillah. ambo tertarik dengan persangka-sangkaan ini kerana ambo percaya setiap manusia takkan terlepas dari persangkaan kepada manusia lain walau sedetik cuma.. antaranya :

` Orang yang BERIBADAH disangka RIAK
` Orang yang RELEKS disangka MALAS
` Orang yang BAIK disangka BURUK
` Orang yang SENYUM disangka MENGEJEK
` Orang yang MASAM disangka MERAJUK
` Orang yang BERMUZAKARAH disangka MENGUMPAT
` Orang yang DIAM disangka SOMBONG
` Orang yang MELAWA disangka MENGGODA
` Orang yang CERIA disangka BUANG TEBIAT
` Orang yang MENEGUR disangka MEMBEBEL
` Orang yang MEMBEBEL disangka MULUT MURAI

tetapi..............

` Mana tahu yang BERIBADAH itu kerana IKHLAS
` Mana tahu yang RELEKS itu kerana BEREHAT
` Mana tahu yang BAIK itu kerana benar2 BAIK
` Mana tahu yang SENYUM itu kerana BERSEDEKAH
` Mana tahu yang MASAM itu kerana MENGENANG DOSA
` Mana tahu yang BERMUZAKARAH itu kerana MUAFAKAT
` Mana tahu yang DIAM itu kerana ZIKRULLAH
` Mana tahu yang MELAWA itu kerana BERSIH HATI
` Mana tahu yang CERIA itu kerana CERGAS
` Mana tahu yang MENEGUR itu kerana MEMPERBAIKI
` Mana tahu yang MEMBEBEL itu kerana MENASIHATI

2- oleh itu, marilah kita terutamanya diri ambo sendiri menjauhi sikap yang suka bersangka yang buruk (suu' dzhon) kepada manusia dan juga makhluk tuhan yang lain kerana sikap ini selain mendapat murka Allah, ianya juga secara tidak langsung akan menghancurkan ukhwah sesama manusia yang sepatutnya terjalin erat.

3- memang kita berhak untuk menafsirkan apa saja terhadap orang lain, tetapi janganlah kita hanya pandai menilai diri orang lain namun diri sendiri, perasan je lebih. apa yang kita buat jika untuk mencari keredhaan Allah, jangan di pedulikan kata2 nista yang tak berkesudahan.

4- ingatlah hanya KETAQWAAN kepada Allah yang menjadi penentu baik buruknya kita. mafhum hadis nabi s.a.w juga ada menyebut setiap muslim menjadi cermin kepada saudaranya yang lain.. marilah kita sama2 bersangka baik (husnul dzhon) sesama kita kerana itulah cara yang terbaik untuk kita bersangka baik pula terhadap Allah taala (menerima qada' dan qadarnya dengan redha).. wallahu a'lam.

Rabu, 13 Januari 2010

sungguh hebat kekuasaanMu ya Allah..

17- maka bertasbihlah kpd Allah di waktu kamu berada di petang hari dan waktu kamu berada di waktu subuh.

18- dan bagi-Nyalah segala puji di langit dan di bumi dan di waktu kamu berada pada petang hari dan di waktu kamu berada di waktu zohor.

19- Dia mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup dan menghidupkan bumi sesudah matinya.dan seperti itulah kamu akan dikeluarkan (dari kubur).

20- dan diantara tanda2 kekuasaanNya ialah Dia menciptakan kamu dari tanah, kemudian tiba2 kamu menjadi manusia yg berkembang biak.

21- dan diantara tanda2 kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untuk kamu isteri2 dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan di jadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. sesungguhnya pd yg demikian itu benar2 terdapat tanda2 bagi kaum yg berfikir.

22- dan diantara kekuasaan-Nya ialah menciptakan langit dan bumi dan berlain-lainan bahasamu dan warna kulitmu. sesungguhnyapd yg demikian itu benar2 terdapat tanda2 bagi orang2 yg mengetahui.

23- dan diantara tanda2 kekuasaan-Nya ialah tidurmu di waktu malam dan siang hari dan usahamu mencari sebahagian dari kurnia-Nya. sesungguhnya pd yg demikian itu benar2 terdapat tanda2 bagi kaum yg mendengarkan.

24- dan diantara kekuasaan-Nya Dia memperlihatkan kepadamu kilat untuk (menimbulkan) ketakutan dan harapan, dan Dia menurunkan air hujan dari langit, lalu menhidupkan bumi dengan air itu sesudah matinya. sesungguhnya pd yg demikian itu benar2 terdapat tanda2 bagi kaum yg mempergunakan akalnya.

25- dan diantara tanda2 kekuasaan-Nya ialah berdirinya langit dan bumi dengan iradat-Nya. kemudian apabila Dia memanggil kamu sekali panggilan dari bumi, seketika itu (juga) kamu keluar (dari kubur).

26- dan kepunyaan-Nyalah siapa saja yg ada di langit dan di bumi. semuanya hanya tunduk kepada-Nya.


(mafhum dari surah Ar-Rum : 17-26)

Isnin, 4 Januari 2010

ada apa dengan 2010....

rasa ingin mencoret sesuatu pada petang yg damai ini (saje nk bg brisi blog ni sbenarnya).. ada apa dgn 2010? antaranya,erm.......

1- thun ni msuk sem 5 d ipgm kpi, second senior la katakn.. bersedia dgn perkara2 yg berkaitan, sahabat2, pnsyarah2, bilik asrama, bilik air, bilik kuliah, kafeteria, library, masjid, padang, rstoran soho dan paling penting praktikum yg bakal ambo hadapi.. ya Allah, permudahknlh urusan hambaMu ini..

2- thn 2010 ni jgak mnndakn umur ambo dh smakin mningkat tua (tp still jiwa remaja huhu).. hrap2nya ambo lbih matang dlm mengislahkn diri ssuai dgn mningkatnya umur, pengalamn dsb. sblm ni bkn x matang tp adakalanya uslub yg d gunakan tdk berapa sesuai, agaknyalah...

3- ada bbrapa perkara ataupn blh dkira sbg azam ambo pd thn lpas yg nmpaknya blum tercapai.. jadi, thun 2010 ni ambo nk smbung azam tersebut,mudah2an akan tercapai apa yg ambo azamkn itu insyaallah..

4- tahun 2010 jgak adalah tahun bg bolasepak klate,kta tan sri Anuar Musa la.. hrap2 dgn kmasukan 6 pmain baru yg blh d ktakn brstatus bintang bakal mmbawa lebih gemerlapan lg kpd redwarrior.(hrap2 gmerlapan mrcun x klihatan lg d stadium lps ni). kata tan sri jgak KAFA akn mmnta geran rm 2 juta drp krajaan negeri sbg jaminan team klate akn trus mmberi saingan pd thn ni.. ambo pn trfikir alangkah baiknya kalau wang ihsan (katanya utk rakyat klate) d gunakan utk team redwarrior kita,kn pmbangunan sukan pn utk rakyat klate jgak huhu.. skadar pndangan.

5- pusingan akhir kjohanan bola sepak piala dunia FIFA jgak akan brlangsung pd tahun ni d afrika selatan. walaupn jauh akn ttp ambo tngok prlawanannya(mlalui siaran tv jela huhu).. team favourite ambo ialah sepanyol, brazil dan england. tp klu ada perlawanan team2 yg mna skalipun yg d siarkan kt tv, ambo tengok je...

6- mudah2an tahun 2010 ni mmbawa sinar baru yg lebih begemerlapan dalam hidup ambo.. di samping menikmati kesukaan dunia yg x seberapa ini, moga2 ambo x lupa pada kebahagiaan hakiki d akhirat sana.. wallahu a'lam.